Isnin, 31 Mei 2010

Minum air iON HEALTH setiap hari membantu anda mempunyai sistem imun yang lebih baik dan memberi anda kehidupan yang sihat.


iON HEALTH
Sistem Penapis & Penciptaan Air Anti-Oksidan Beralkali
Manfaat anti-oksidan membantu untuk membina semula sistem kekebalan (imun) tubuh kita. Anda akan berpeluang menikmati manfaatnya dengan lebih baik apabila anda komited untuk minum 8 - 10 gelas air iON HEALTH setiap hari. Ia akan membantu sistem badan anda setiap hari dan mencegah penyakit. Antara kesan manfaat selepas minum air iON HEALTH adalah lawas kencing, buang air besar, mudah berpeluh dan lebih bertenaga.


Selain itu, ia akan memberi kesan penyembuhan seperti metabolisme badan yang lebih baik menjadikan penghadaman kita lebih cekap dan badan langsing sehingga meningkatkan sistem kekebalan badan iaitu mencegah penyakit.

(Nota: untuk mendapatkan manfaat optima melalui pengambilan botol iON HEALTH sebaiknya minum 5 botol setiap hari)




Botol Air iON HEALTH 





Slim Muda Sihat


Terima kasih kerana anda sudi berkunjung ke blog saya ini. Berkemungkinan besar anda telahpun ada penapis air di rumah anda atau mungkin anda belum ada penapis air lagi di rumah anda atau juga mungkin anda berminat untuk menukarkan penapis anda yang baik itu kepada penapis yang lebih baik yang anda sedang baca sekarang.

Teruskan pembacaan anda, kenapa iON HEALTH Sistem Penapis & Penciptaan Air Anti-Oksidan Beralkali ini sangat baik dan sesuai dengan kehidupan moden kita.

Didalam kehidupan moden, seringkali didapati manusia menghabiskan lebih banyak wang untuk kesihatan mereka. Kita semua terlalu sibuk hanya untuk kehidupan moden kita menyebabkan kesihatan seringkali terabai sehinggalah penyakit atau pelbagai penyakit menyapa kita.

Tetapi yang demikian tentunya bukan anda. Anda tentu mahu SMS - penampilan lebih Langsing (S-lim), Kelihatan lebih muda (M-uda) dan kesihatan Lebih sihat (S-ihat). Oleh itu apa yang anda lakukan hari ini akan menentukan masa depan anda, perubahan bermula dengan anda. Ubahlah masa depan anda sekarang.. BAGAIMANA..? Ubah air anda..ubah hidup anda. MENGAPA..? kerana badan kita adalah 70% air

iON HEALTH Sistem Penapis & Penciptaan Air Anti-Oksidan Beralkali pada hari ini bukan sahaja sekadar penapis air untuk menghilangkan Dahaga, air bersih dan beralkali
tapi boleh membaur / memecahkan lemak dalam badan dan mengeluarkannya melalui perkumuhan

MANFAAT DAN FAEDAH AIR

iON HEALTH
Bayangkan air minum yang boleh membantu anda
Mengurangkan berat badan dan menjaga berat badan ideal
Melambatkan kesan penuaan
Meningkatkan sistem imun terhadap penyakit
Mengurangkan tekanan darah tinggi
Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Mengurangkan tahap gula dalam darah (Diabetes)
Mengurangkan risiko menghidap osteoporosis
Mengurangkan tahap asid urik pesakit gout
Mengurangkan masalah alergi (asma,resdung,dermatitis,alahan)
Mengikat radikal bebas dan melindungi DNA dpd.kerosakan oksidatif
Meningkatkan kesan anti-oksidan vitamin C
Memulihkan usler gastro duodenum dan mencegah daripada berulang
Memulihkan fungsi hati yang bermasalah hepatik

3 SERANGKAI
(Kencing Manis + Darah Tinggi + Sakit Jantung)
Yang digeruni setiap mereka yang bernama manusia, memang tidak dapat dielakkan tetapi masih boleh dicegah malah masih boleh dirawat.

MENGAPA AIR ION HEALTH BAGUS UNTUK PESAKIT JANTUNG KORONARI DAN MEMBANTU MASALAH KESIHATAN JANTUNG
Penyakit jantung adalah akibat daripada penimbunan trigliserida, kolesterol, zat-zat lemak lain dan bahan bangan asid pada dinding arteri koronari, yang menyebabkan iskemia dan hipoksiamiokard, seringkali sakit dada. Air iON HEALTH yang kaya dengan ion hydrogen negatif (H-) serta mineral boleh membaurkan (memecah) zat lipid (Lemak) serta pada masa yang sama mengawal denyut jantung normal dan membantu mencegah penyakit jantung.

BAGAIMANA AIR ION HEALTH MEMBANTU MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI ATAU TAHAP KOLESTEROL YANG TINGGI
Tekanan darah tinggi, tahap kolesterol tinggi kerana penyempitan pembuluh darah akibat penimbunan sejumlah besar trigliserida, kolesterol, zat-zat lemak, bahan buangan asid pada dinding pembuluh darah sehingga menyempitkan diameter pembuluh darah. Air iON HEALTH terdiri daripada kelompok molekul-molekul air yang kecil memiliki kekuatan yang kuat untuk menembusi dan menyingkirkan bahan buangan ini dan jika sering minum air iON Health, ia akan membantu proses detoksifikasi darah dan sekaligus mencekapkan pencernaan / penghadaman. Ini mengurangkan lipid dan kolesterol darah dan membantu menstabilkan tekanan darah seseorang.

BAGAIMANA AIR ION HEALTH BOLEH MEMBANTU PESAKIT DIABETES DAN APAKAH KELEBIHAN AIR ION HEALTH UNTUK MEMBANTU PESAKIT DIABETES
Perembesan insulin daripada organ pankreas membantu mengawal tahap gula dalam darah seseorang. Diabetes terjadi apabila pankreas gagal menghasilkan insulin (akibat pH badan berasid dan serangan radikal bebas terhadap sel penghasil insulin pada pankreas), menjadikan tahap gula dalam darah meningkat. Peningkatan atau penurunan kalsium dan insulin sangat erat berkaitan. Apabila tahap kalsium dalam darah menurun, ia menyebabkan pH badan berasid sehingga perembesan insulin tidak mencukupi atau bahkan berhenti. Jika pesakit diabetes lalai atau tidak bertindak untuk kawal gula dalam darah, ia boleh menyebabkan buta, nefritis, gagal ginjal, gagal jantung, kulit gatal dan pelbagai komplikasi. Air iON HEALTH membekalkan ion kalsium serta magnesium yang dapat membantu pesakit diabetes dalam memulihkan fungsi pankreas dan mencegah komplikasi kepada pesakit diabetes







TESTIMONI PENGGUNA

Dipetik dari majalah Update Revell - Mei 2010

Pn Rose Tarib
Saya mengalami batuk berdarah sehingga terkencing-kencing bila batuk. 2 hari sahaja saya minum air iON HEALTH batuk sudah sembuh. Di rumah, saya juga menjaga anak buah saya seorang pesakit kanser tulang (Robiah bt Man, 49 tahun) yang terkena serangan strok sehingga mulutnya menjadi herot dan tangannya tidak boleh diangkat. Sepas 4 hari minum air ION HEALTH yang dibubuhkan dalam botol iON Health beliau semakin pulih, mulutnya tidak herot lagi dan pertuturannya lebih jelas.

Pn Awa Saat & En.Yusof
Membeli penapis dan minum air R.O selama 7 tahun, suami sakit buah pinggang, batuk-batuk kerana menghidap paru-paru berair menyebabkannya sukar untuk tidur, saya pula menghidap diabetes, kolesterol tinggi, resdung dan alahan. Selepas minum air iON HEALTH selama 3 minggu berterusan, terasa perubahan yang memberangsangkan, bacaan gula dalam darah telah menurun dari bacaan 26 ke 6.8, kolesterol 9.1 kepada 4.1, resdung serta alahan juga telah pulih, suami saya pula dah boleh tidur nenyak dan tidak berdengkur lagi. iON HEALT memang benar-benar memulihkan dan menyembuhkan.

Pn Khadijah bt SaidSaya menghidapi penyakit darah tinggi (bacaan 160/100) dan menanggung penyakit asma selama 10 tahun serta kolesterol tinggi. Setiap hari saya kena makan ubat hospital, malah setiap malam sebelum tidur saya mesti makan ubat asma, jika tidak esok bangun pagi saya tidak boleh bercakap, batuk-batuk dan selsema. 2 bulan selepas minum air iON HEALTH, saya dapati bacaan darah tinggi saya telah menurun ke 120/80 iaitu normal. Manakala penyakit asma sudah amat berkurangan, hanya jika perlu saya akan makan ubat kelinik. Tahap kolesterol saya juga telah kembali normal

Pn Wan Aini
Suami saya menghidapi diabetes yang agak kronik dan sakit-sakit badan. Satu hari saya menghadiri taklimat dan demo produk penapis air iON HEALTH, saya tertarik dan membeli satu unit. Selepas 2 minggu suami saya minum air iON HEALTH, bacaan gula dalam darahnya telah menurun dari bacaan 19 kepada bacaan 7, manakala sakit-sakit dibadannya juga telah hilang. iON HEALTH memang menakjubkan, syabas kepada Revell kerana mengeluarkan produk yang bermutu tinggi

Pn Rohaya
(Perkongsian oleh Pn.Hjh Zahiyah Baini)
Sebulan saya terlantar di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang kerana menghidap kejang paru-paru, bernafas pun perlu bantuan mesin oksigen. Apabila keluar dari hospital, saya terpaksa membawa sekali mesin oksigen yang dibekalkan pihak hospital. Saya memerlukan kos yang agak tinggi untuk membeli air yang diperlukan oleh mesin oksigen. Saya diperkenalkan oleh Pn.Zahiyah penapis air iON HEALTH dan selepas meminum air iON Health, badan saya mula berpeluh dan tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen untuk bernafas. Kadangkala malam hanya sekali sahaja saya menggunakan mesin oksigen. Sungguh luar biasa kehebatan iON HEALTH


TESTIMONI PENGALAMAN SENDIRI
Testimoni di atas mungkin agak kurang jelas......tak apalah tu....di sini saya berkongsi dengan anda pengalaman saya sendiri.

Catatan pengalaman saya

DISEBALIK SIHAT ADA PENYAKIT

Saya berkerja sebagai Pengawal keselamatan di Sek.Keb.Clifford, Kuala Kangsar, Perak. Pada tanggal 5 Apr 2010 saya mengalami kemalangan ditempat kerja dimana pintu pagar sekolah tumbang dan menghempap kaki saya. Mulanya bercalar sahaja tetapi kesan hempapan kaki saya membengkak manakala yang bercalar membentuk luka yang semakin hari semakin membesar lebih teruk lagi luka membentuk lubang yang semakin dalam. Ubat farmasi dan kelinik swasta sudah berbelanja RM 300 lebih namun tiada perubahan, kawan menegur berkemungkinan saya ada kencing manis dan menyarankan saya pergi ke hospital. Akur dengan teguran kawan itu, pada 4 Mei 2010 (genap sebulan selepas kemalangan) saya pergi ke Hospital Kuala Kangsar. Selepas berjumpa Dr.... saya diarahkan buat cucian luka (Dressing) sehingga baik dan seterusnya menjalani pemeriksaan kandungan gula dalam darah.

Berikut adalah catatan tarikh pemeriksaan dan temujanji Dr.

11 Mei 2010 - Menjalani pemeriksaan darah (FBS/FLP/2HPP/BUSE/CREAT)

18 Mei 2010 - Temu janji Dr. Bacaan sebelum makan 7.1H mmol/L dan selepas makan / selepas rehat 2 jam bacaan 18.7H mmol/L, optimis Dr.mengesahkan saya menghidap kencing manis. Dr.mengarahkan saya menjalani pemeriksaan sekali lagi.

25 Mei 2010 - Menjalani pemeriksaan kali kedua (FBS / 2HPP)

01 Jun 2010 - Temu janji Dr. Bacaan sebelum makan 6.8H mmol/L dan selepas makan rehat 2 jam bacaan 12.0H mmol/L, Dr. kata OK... tapi berada di paras hampir penyakit kencing manis lagi dan perlu dipantau.

Nota: Saya mula minum air iON HEALTH pada 20 Mei 2010

Pemeriksaan akan datang pada 17 Ogos 2010 dan manakala temu janji Dr. pada 24 Ogos 2010

HARI INI DALAM CATATAN SAYA


07 Jun 2010 - selepas dressing kaki jam 3.54pm, saya saja buat pemeriksaan kandungan gula dalam darah, bacaan 9.7 mmol/L.... direkod dalam buku 555

08 Jun 2010
- selepas dressing kaki jam 4.15pm, saya buat lagi pemeriksaan kandungan gula dalam darah...bacaan 4.7 mmol/L... direkod dalam buku 555

Nota: Selepas ini saya akan buat pemeriksaan seminggu sekali..ikut apa yang disarankan oleh jururawat...

Catatan akhir diambil pada 22 Jun 2010 - bacaan 4.8 mmol/L - maintain normal

tarikh akan datang pada 10 Ogos 2010 - bacaan_______???????